code by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Com

Kenapa Sarapan Pagi (Breakfast) Sangat Penting?

Sarapan pagi yang seimbang dapat menyihatkan badan dan membekalkan gula/glucose yang akan digunakan oleh badan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian. Sarapan pagi juga amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil sarapan pagi yang seimbang akan:
Ambil lebih vitamin dan mineral berbanding lemak dan kolesterol pada hari tersebut. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa lebih kerap seseorang itu makan, lebih tinggi pengambilan nutrien yang baik berbanding nutrien yang jahat seperti kolesterol.
Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik sepanjang hari tersebut. Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga.
Mempunyai berat badan yang ideal. Ini boleh disebabkan oleh kurangnya rasa lapar apabila tiba waktu makan tengahari. Jadi, ini boleh membuatkan anda makan dengan kuantiti yang sederhana. Begitu juga dengan waktu makan seterusnya.
Menjadi lebih kuat dan bertenaga. Tenaga tersebut diperolehi dari makanan yang diambil ketika bersarapan.
Mempunyai kadar kolesterol yang rendah, sekaligus mengurangkan risiko mendapat sakit jantung. Kajian menunjukkan seseorang yang makan sarapan pagi akan makan kurang makanan yang mengandungi kolesterol berbanding seseorang yang tidak bersarapan.
Dapat meningkatkan kadar metabolism badan. Ini kerana, kadar metabalisma akan meningkat jika tidak tinggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama.
Memberi kesan positif kepada kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Menurut American Dietetic Association, kanak-kanak yang bersarapan mempunyai tahap kefahaman dan konsentrasi yang baik di dalam kelas. Mereka lebih aktif, kreatif dan jarang ponteng sekolah.

Posted at at 11:47 PM on Monday, April 20, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Tips Untuk Kurangkan Selera Makan

1. Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.
2. Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.

Posted at at 11:45 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Cara Tingkatkan Kadar Metabolisma Badan

Metabolisma ialah kadar di mana badan akan membakar kalori yang di ambil dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Sama ada anda makan, minum, tidur, bekerja, mengemas rumah, dll, badan akan sentiasa membakar kalori untuk mengelakkan pengumpulan lemak.
Metabolisma dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu lemak dan otot. Otot akan menggunakan lebih banyak kalori berbanding lemak. Oleh itu, badan yang berotot lebih tinggi metabolismanya berbanding dengan badan yang tinggi kandungan lemak. Oleh itu, kadar metabolisma amat penting untuk menjaga berat badan dan mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan.
Cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan:
1. Get active - Ini adalah cara untuk menambah otot badan yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan.Lakukan senaman secara teratur dan konsisten.
2. Eat little and often (small and frequent) - Makan sedikit tetapi kerap akan meningkatkan metabolisma badan.
3. Don't skip meals - Jangan sesekali meninggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kerana ini akan menurunkan kadar metabolisma badan.
4. Eat plenty of protein-rich foods - Research menunjukkan sekitar 25% calorie dari makanan yang tinggi protein (ayam/daging/ikan/susu) akan digunakan oleh badan (burnt off).Tetapi,hendaklah memilih protein yang rendah lemak seperti daging/ayam tanpa kulit dan susu/hasil tenusu rendah lemak.
5. Spice up meals - Rempah seperti cili akan meningkatkan metabolisma sebanyak 50% selepas 3-4 jam.
6. Take green tea - Teh hijau mengandungi anti-oksidant yang akan tingkatkan metabolisma badan.
7. Have a sauna - Keadaan panas akan meningkatkan metabolisma lebih kurang 20%.

Posted at at 11:37 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 1 comments   | Filed under:

Tips Untuk Tingkatkan Selera Makan


1. Lakukan lebih exercise.
2. Tambah rempah ratus ke dalam makanan.Ia akan stimulate selera makan.Contohnya halia, peppermint, dll.
3. Kurangkan pengambilan serat (sayur,buah,wholemeal cereal/roti).Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.
4. Minum jus buah setengah jam sebelum makan. Kandungan gula ringkas dari jus tersebut cepat diserap oleh badan dan akan membuatkan anda berasa lapar.
5. Cuba untuk mkn lebih hidangan daripada yang biasa diambil.Ini boleh membuatkan perut mengembang sedikit ('stretches') dan akan tingkatkan selera makan.

Posted at at 11:34 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Diet Untuk Kulit Kering

Vitamin dan mineral yang memainkan peranan penting dlm mengekalkan kualiti kulit ialah vitamin A, C dan E, B (Biotin), omega-3 dan air. Ia boleh mencegah kulit dari menjadi kering.
• Vitamin A berfungsi mengekalkan dan membaiki tisu kulit. Kekurangan vitamin A akan menjadikan kulit kering dan bersisik. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh kurangkan vitamin A dlm badan. Makanan yg tinggi kandungan Vit A ialah telur, susu, sayuran hijau (sawi, bayam, kubis, peria), carrot, buah (oren, tembikai, betik, mangga, pisang).



• Vitamin C melindungi kulit daripada cahaya matahari dan pencemaran dengan bertindak sebagai antioksida. Apabila jumlah radikal bebas (byproduct dr cahaya matahari, pencemaran dan asap) berlebihan, ia akan menjurus kepada penyakit dan penuaan. Radikal bebas ini boleh mengurangkn collagen dan elastin dlm kulit yg berfungsi utk menegangkan kulit. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan dengan itu mengurangkan kerosakan kulit. Makanan yg tinggi Vit C ialah sayuran hijau (kubis, salad, ulam raja, pegaga, timun, tomato) dan buah-buahan (betik, jambu batu, oren, mangga, belimbing, kiwi).


• Vitamin E juga berfungsi sama seperti Vit C. Makanan yg tinggi Vit E ialah minyak sayuran dan minyak kacang, sayuran hijau, kekacang, soya, bijirin penuh.

• Biotin amat penting utk kulit, kuku dan rambut. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Selain itu, white and black head juga boleh terjadi. Sumber biotin boleh didapati dalam daging, sayur dan kekacang.
• Omega-3 ialah sumber asid lemak yg baik utk kulit. Ia boleh didapati didalam ikan laut dalam spt salmon, sardine dan kembong. Supplement juga boleh diambil dlm bentuk fish oil atau evening primrose oil.
• Air adalah komponen yg plg penting utk kekalkan kulit supaya lembab dan berseri. Ambil 8 gelas air sehari utk menggantikan air yg hilang dari badan. Air juga boleh diambil dari buah spt tembikai, oren, dll.


• Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan, ia boleh menyebabkan kehilangan air krn sifat diureticsnya itu.
• Elakkan pengambilan gula berlebihan dan makanan bergoreng/fast food. Ini boleh meningkatkan radikal bebas.
• Bersenam dpt melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

Posted at at 11:13 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 1 comments   | Filed under:

Cegah Diabetis (Kencing Manis)

Adalah dianggarkan pengidap diabetes akan mencecah 300 juta orang pada tahun 2025 (King, 1999), terutamanya diabetes jenis 2. Walaupun diabetes jenis 2 kebanyakkannya dialami oleh orang dewasa, ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja. Ia selalu melanda individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, obesiti atau individu yang tidak melakukan senaman.

DiMalaysia, prevalen pengidap diabetes semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2 pada 1996 melaporkan prevalen diabetes jenis 2 ialah 8.3 % berbanding 6.3 % pada tahun 1986 (NHMS1, 1985; NHMS2, 1996). Ini jelas menunjukkan pengidap diabetes jenis 2 semakin meningkat dari masa ke semasa akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Apakah Dia Penyakit Diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan karbohidrat (kanji dan gula) di dalam makanan dengan sempurna. Keadaan ini akan menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini kerana pengidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan efektif. Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Insulin yang dihasilkan akan membantu gula memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima bekalan gula dan pengidap diabetes akan berasa letih kerana kekurangan tenaga. Jadi, kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing.

Apakah jenis diabetes?

Ada 3 jenis utama diabetes:

i)Jenis 1 (Diabetes yang bergantung kepada insulin)
Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja. Ini disebabkan oleh badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Penyebab diabetes jenis 1 ini tidak diketahui. Ia hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Pesakit selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

ii)Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)
Biasanya berlaku dikalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Ini disebabkan oleh kekurangan insulin dan rintangan insulin. Kebiasaannya, pesakit mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman, dan ubat/insulin.

iii)Jenis 3 (Diabetes waktu mengandung)
Keadaan ini adalah sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan. Ia berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung. Walaubagaimanapun, pesakit hendaklah mengawal pemakanan semasa mengandung. Ada juga sesetengah pesakit memerlukan suntikan insulin.

Apakah Faktor Risiko Diabetes?

1.Sejarah keluarga yang mengidap diabetes
Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap diabetes, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit itu adalah tingg

2.Berat badan yang berlebihan
Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan

3.Tidak aktif
Mereka yang tidak atau kurang bersenam berisiko tinggi mendapat diabetes.

4.Faktor-faktor lain
Umur yang melebihi 40 tahun dan etnik asian selalunya dikaitkan dengan risiko mendapat diabetes.

Posted at at 12:38 AM on Tuesday, April 7, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Tanda-Tanda Diabetis


Ada pesakit yang tidak merasa tanda-tanda mendapat diabetes. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku:

1. Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

2. Sentiasa merasa dahaga

3. Lapar yang keterlaluan terutama selepas makan

4. Susut berat badan walaupun selera makan meningkat

5. Merasa letih dan lesu

6. Pening dan kadang-kala muntah

7. Luka dan kudis yang lambat sembuh

8. Mudah terkena jangkitan kulit

9. Gatal terutama di bahagian kemaluan

10. Merasa kebas kaki dan tangan

11. Penglihatan menjadi kabur


Bolehkah Diabetes Sembuh?

Jawapannya tidak. Pesakit hanya boleh mengawal dari mendapat komplikasi yang sering berlaku pada pengidap diabetes. Ini boleh dilakukan dengan kawalan pemakanan, senaman yang kerap, mengekalkan berat badan ideal dan pengambilan ubat/insulin secara teratur.

Posted at at 12:31 AM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under: