code by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Comcode by Mat Dollah-Riledz.Com

Kenapa Sarapan Pagi (Breakfast) Sangat Penting?

Sarapan pagi yang seimbang dapat menyihatkan badan dan membekalkan gula/glucose yang akan digunakan oleh badan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian. Sarapan pagi juga amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil sarapan pagi yang seimbang akan:
Ambil lebih vitamin dan mineral berbanding lemak dan kolesterol pada hari tersebut. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa lebih kerap seseorang itu makan, lebih tinggi pengambilan nutrien yang baik berbanding nutrien yang jahat seperti kolesterol.
Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik sepanjang hari tersebut. Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga.
Mempunyai berat badan yang ideal. Ini boleh disebabkan oleh kurangnya rasa lapar apabila tiba waktu makan tengahari. Jadi, ini boleh membuatkan anda makan dengan kuantiti yang sederhana. Begitu juga dengan waktu makan seterusnya.
Menjadi lebih kuat dan bertenaga. Tenaga tersebut diperolehi dari makanan yang diambil ketika bersarapan.
Mempunyai kadar kolesterol yang rendah, sekaligus mengurangkan risiko mendapat sakit jantung. Kajian menunjukkan seseorang yang makan sarapan pagi akan makan kurang makanan yang mengandungi kolesterol berbanding seseorang yang tidak bersarapan.
Dapat meningkatkan kadar metabolism badan. Ini kerana, kadar metabalisma akan meningkat jika tidak tinggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama.
Memberi kesan positif kepada kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Menurut American Dietetic Association, kanak-kanak yang bersarapan mempunyai tahap kefahaman dan konsentrasi yang baik di dalam kelas. Mereka lebih aktif, kreatif dan jarang ponteng sekolah.

Posted at at 11:47 PM on Monday, April 20, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Tips Untuk Kurangkan Selera Makan

1. Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan.
2. Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.

Posted at at 11:45 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Cara Tingkatkan Kadar Metabolisma Badan

Metabolisma ialah kadar di mana badan akan membakar kalori yang di ambil dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Sama ada anda makan, minum, tidur, bekerja, mengemas rumah, dll, badan akan sentiasa membakar kalori untuk mengelakkan pengumpulan lemak.
Metabolisma dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu lemak dan otot. Otot akan menggunakan lebih banyak kalori berbanding lemak. Oleh itu, badan yang berotot lebih tinggi metabolismanya berbanding dengan badan yang tinggi kandungan lemak. Oleh itu, kadar metabolisma amat penting untuk menjaga berat badan dan mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan.
Cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan:
1. Get active - Ini adalah cara untuk menambah otot badan yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan.Lakukan senaman secara teratur dan konsisten.
2. Eat little and often (small and frequent) - Makan sedikit tetapi kerap akan meningkatkan metabolisma badan.
3. Don't skip meals - Jangan sesekali meninggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kerana ini akan menurunkan kadar metabolisma badan.
4. Eat plenty of protein-rich foods - Research menunjukkan sekitar 25% calorie dari makanan yang tinggi protein (ayam/daging/ikan/susu) akan digunakan oleh badan (burnt off).Tetapi,hendaklah memilih protein yang rendah lemak seperti daging/ayam tanpa kulit dan susu/hasil tenusu rendah lemak.
5. Spice up meals - Rempah seperti cili akan meningkatkan metabolisma sebanyak 50% selepas 3-4 jam.
6. Take green tea - Teh hijau mengandungi anti-oksidant yang akan tingkatkan metabolisma badan.
7. Have a sauna - Keadaan panas akan meningkatkan metabolisma lebih kurang 20%.

Posted at at 11:37 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 1 comments   | Filed under:

Tips Untuk Tingkatkan Selera Makan


1. Lakukan lebih exercise.
2. Tambah rempah ratus ke dalam makanan.Ia akan stimulate selera makan.Contohnya halia, peppermint, dll.
3. Kurangkan pengambilan serat (sayur,buah,wholemeal cereal/roti).Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.
4. Minum jus buah setengah jam sebelum makan. Kandungan gula ringkas dari jus tersebut cepat diserap oleh badan dan akan membuatkan anda berasa lapar.
5. Cuba untuk mkn lebih hidangan daripada yang biasa diambil.Ini boleh membuatkan perut mengembang sedikit ('stretches') dan akan tingkatkan selera makan.

Posted at at 11:34 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Diet Untuk Kulit Kering

Vitamin dan mineral yang memainkan peranan penting dlm mengekalkan kualiti kulit ialah vitamin A, C dan E, B (Biotin), omega-3 dan air. Ia boleh mencegah kulit dari menjadi kering.
• Vitamin A berfungsi mengekalkan dan membaiki tisu kulit. Kekurangan vitamin A akan menjadikan kulit kering dan bersisik. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh kurangkan vitamin A dlm badan. Makanan yg tinggi kandungan Vit A ialah telur, susu, sayuran hijau (sawi, bayam, kubis, peria), carrot, buah (oren, tembikai, betik, mangga, pisang).



• Vitamin C melindungi kulit daripada cahaya matahari dan pencemaran dengan bertindak sebagai antioksida. Apabila jumlah radikal bebas (byproduct dr cahaya matahari, pencemaran dan asap) berlebihan, ia akan menjurus kepada penyakit dan penuaan. Radikal bebas ini boleh mengurangkn collagen dan elastin dlm kulit yg berfungsi utk menegangkan kulit. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan dengan itu mengurangkan kerosakan kulit. Makanan yg tinggi Vit C ialah sayuran hijau (kubis, salad, ulam raja, pegaga, timun, tomato) dan buah-buahan (betik, jambu batu, oren, mangga, belimbing, kiwi).


• Vitamin E juga berfungsi sama seperti Vit C. Makanan yg tinggi Vit E ialah minyak sayuran dan minyak kacang, sayuran hijau, kekacang, soya, bijirin penuh.

• Biotin amat penting utk kulit, kuku dan rambut. Kekurangan biotin boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Selain itu, white and black head juga boleh terjadi. Sumber biotin boleh didapati dalam daging, sayur dan kekacang.
• Omega-3 ialah sumber asid lemak yg baik utk kulit. Ia boleh didapati didalam ikan laut dalam spt salmon, sardine dan kembong. Supplement juga boleh diambil dlm bentuk fish oil atau evening primrose oil.
• Air adalah komponen yg plg penting utk kekalkan kulit supaya lembab dan berseri. Ambil 8 gelas air sehari utk menggantikan air yg hilang dari badan. Air juga boleh diambil dari buah spt tembikai, oren, dll.


• Elakkan pengambilan kafein yang berlebihan, ia boleh menyebabkan kehilangan air krn sifat diureticsnya itu.
• Elakkan pengambilan gula berlebihan dan makanan bergoreng/fast food. Ini boleh meningkatkan radikal bebas.
• Bersenam dpt melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

Posted at at 11:13 PM on by Posted by "Semanis Garam" | 1 comments   | Filed under:

Cegah Diabetis (Kencing Manis)

Adalah dianggarkan pengidap diabetes akan mencecah 300 juta orang pada tahun 2025 (King, 1999), terutamanya diabetes jenis 2. Walaupun diabetes jenis 2 kebanyakkannya dialami oleh orang dewasa, ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja. Ia selalu melanda individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, obesiti atau individu yang tidak melakukan senaman.

DiMalaysia, prevalen pengidap diabetes semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2 pada 1996 melaporkan prevalen diabetes jenis 2 ialah 8.3 % berbanding 6.3 % pada tahun 1986 (NHMS1, 1985; NHMS2, 1996). Ini jelas menunjukkan pengidap diabetes jenis 2 semakin meningkat dari masa ke semasa akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Apakah Dia Penyakit Diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan karbohidrat (kanji dan gula) di dalam makanan dengan sempurna. Keadaan ini akan menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini kerana pengidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan efektif. Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Insulin yang dihasilkan akan membantu gula memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima bekalan gula dan pengidap diabetes akan berasa letih kerana kekurangan tenaga. Jadi, kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing.

Apakah jenis diabetes?

Ada 3 jenis utama diabetes:

i)Jenis 1 (Diabetes yang bergantung kepada insulin)
Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja. Ini disebabkan oleh badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Penyebab diabetes jenis 1 ini tidak diketahui. Ia hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Pesakit selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

ii)Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)
Biasanya berlaku dikalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Ini disebabkan oleh kekurangan insulin dan rintangan insulin. Kebiasaannya, pesakit mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman, dan ubat/insulin.

iii)Jenis 3 (Diabetes waktu mengandung)
Keadaan ini adalah sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan. Ia berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung. Walaubagaimanapun, pesakit hendaklah mengawal pemakanan semasa mengandung. Ada juga sesetengah pesakit memerlukan suntikan insulin.

Apakah Faktor Risiko Diabetes?

1.Sejarah keluarga yang mengidap diabetes
Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap diabetes, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit itu adalah tingg

2.Berat badan yang berlebihan
Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan

3.Tidak aktif
Mereka yang tidak atau kurang bersenam berisiko tinggi mendapat diabetes.

4.Faktor-faktor lain
Umur yang melebihi 40 tahun dan etnik asian selalunya dikaitkan dengan risiko mendapat diabetes.

Posted at at 12:38 AM on Tuesday, April 7, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Tanda-Tanda Diabetis


Ada pesakit yang tidak merasa tanda-tanda mendapat diabetes. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku:

1. Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

2. Sentiasa merasa dahaga

3. Lapar yang keterlaluan terutama selepas makan

4. Susut berat badan walaupun selera makan meningkat

5. Merasa letih dan lesu

6. Pening dan kadang-kala muntah

7. Luka dan kudis yang lambat sembuh

8. Mudah terkena jangkitan kulit

9. Gatal terutama di bahagian kemaluan

10. Merasa kebas kaki dan tangan

11. Penglihatan menjadi kabur


Bolehkah Diabetes Sembuh?

Jawapannya tidak. Pesakit hanya boleh mengawal dari mendapat komplikasi yang sering berlaku pada pengidap diabetes. Ini boleh dilakukan dengan kawalan pemakanan, senaman yang kerap, mengekalkan berat badan ideal dan pengambilan ubat/insulin secara teratur.

Posted at at 12:31 AM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Hipertensi juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Hipertensi adalah masalah kesihatan masyarakat di negara maju serta negara membangun termasuklah Malaysia. Di Malaysia, kebanyakan kes tekanan darah tinggi tidak dilaporkan. Lebih kurang 30 peratus kes tekanan darah tinggi tidak dikesan sehingga komplikasi lain seperti angin ahmar, serangan jantung, sakit buah pinggang timbul. Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 1997 menunjukkan kadar berlakunya tekanan darah tinggi adalah 24 peratus dan dijangka akan meningkat kepada 40 hingga 45 peratus dalam masa 20 tahun yang akan datang. Bagi kes yang telah ditemui, 4.1 peratus tidak mendapat rawatan. Tekanan darah tinggi memberi kesan yang besar kepada kos perubatan.

Hipertensi diukur dengan mengukur tekanan sistolik dan tekanan diastolik:

1)Tekanan sistolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengecut dan darah dipam keluar.
2)Tekanan diastolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengendur dan darah dipam masuk
Contoh bacaan:
120mmHg (sistolik)
80mm Hg (diastolik)
Pengkelasan tekanan darah di kalangan dewasa (berumur 18 tahun dan ke atas)
Tekanan darah (mm Hg)
*Kategori
*Sistolik
*Diastolik

Optimum
<120
<80

Normal
<130
<85

Normal tinggi
130-139
85-89

Hipertensi

Tahap 1 ( ringan)
140-159
90-99

Tahap 2 (sederhana)
160-179
100-109

Tahap 3 (teruk)
180-209
110-119

Tahap 4 (sangat teruk)
≥210
≥120
(Sumber: Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure)

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT HIPERTENSI?

Faktor Risiko Hipertensi:

*Sejarah keluarga
*Kegemukan (obesity)
*Tekanan darah yg melebihi normal
*Tekanan tau stress
*Pengambilan garam yg berlebihan
*Gaya hidup sedenteri
*Merokok
*Pengambilan alkohol

APAKAH SIMPTOM HIPERTENSI?

*Kerap kencing
*Susah bernafas
*Pening dan pitam
*Bunyi berdengung
*Kemurungan
*Muka panas dan merah
*Penglihatan kabur
*Bengkak kaki
*Hidung berdarah
*Bunyi berdengung
*Kemurungan

APAKAH KESAN HIPERTENSI?

Hipertensi adalah berbahaya kerana ia akan membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.
Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta kematian.

Kesan-kesan:

Posted at at 12:13 AM on by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Tahukah Anda?

Karbohidrat tidak menyebabkan kegemukkan. Nutrien-nutrien lain juga tidak boleh manjadikan seseorang itu gemuk.
Pengambilan jumlah kalori yang berlebihan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk.
Karbohidrat terbahagi kepada dua iaitu karbohidrat kompleks dan ringkas.
Karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, mee, bihun, krim kraker, bijirin penuh dan produk bijirin adalah sumber utama untuk membekalkan tenaga. Semua makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks mempunyai jumlah kalori yang sama.
Cuma, seseorang itu perlu menghadkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat ringkas (iaitu gula) seperti kuih-muih, pastri, manisan, aiskrim, susu pekat manis, coklat, kaya, jem dan minuman ringan (botol/tin/kotak).

Posted at at 1:52 AM on Monday, April 6, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Obesiti


Anda Mengalami Obesiti, Apakah yang Harus Anda Lakukan?

APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti ialah keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.

Obesiti boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser.

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti adalah suatu masalah global. Hampir satu billion penduduk dunia mengalami masalah lebih berat badan dan 300 juta orang yang obes (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005).

Di Malaysia juga masalah ini telah meningkat. Prevalen berlebihan berat badan di kalangan orang dewasa ialah 26.7 peratus dan obesity pula 12.2 peratus pada 2003 (Kajian Pengambilan Makanan Di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003). Prevalen ini telah meningkat berbanding dengan 16 peratus berlebihan berat badan dan 4 peratus obes pada tahun 1996 (NHMS II).

Adalah sukar untuk mengukur dengan tepat bahagian badan yang mengandungi lemak pada seseorang individu. Walau bagaimanapun, satu penunjuk yang telah diterima umum dan digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan dan risikonya dikenali sebagai Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI). Penunjuk ini mengambil kira berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Pengiraan BMI adalah seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI =
berat(kg)

——————————

tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di bawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau kurus.

Indeks Jisim Badan:

Status
BMI (kg/m2)

Kurus
Kurang 18.5

Normal
18.5 – 24.9

Berlebihan berat
25 – 29.9

Obesiti
30 dan lebih

Seseorang individu dewasa boleh dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan sekiranya indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) berada dalam julat antara 25 hingga 29.9 kg/m2. Sekiranya BMI 30 kg/m2 dan lebih, ini dikategorikan sebagai obes.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti dan berat yang berlebihan ialah pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya lemak dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam. Ini melibatkan makan yang terlalu banyak dan tidak melakukan senaman yang cukup.

Terdapat dua jenis obesity yang bergantung kepada distribusi lemak di dalam badan.

1.“Apple-shaped” obesiti (‘Android’ Obesiti)
Obesiti jenis ini melibatkan pengumpulan lemak disekeliling perut atau abdomen. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum lelaki.

2.“Pear-shaped” obesiti (‘Gynoid’ Obesiti)
Obesiti jenis ini pula melibatkan pengumpulan lemak disekeliling punggung atau pinggul. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko rendah untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum wanita.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT

Adalah disarankan untuk mengurangkan 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
Pengurangan berat badan yang selamat adalah 0.5 hingga 1 kg seminggu. Jangan melebihi 4 kg sebulan. Pengurangan berat badan yang drastic akan memudaratkan kesihatan.
Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan.
*Pilih pelbagai jenis bijirin setiap hari khususnya bijirin penuh. (Contohnya: nasi putih, roti, mi, biskut dan sebagainya)
*Lebihkan pengambilan serat dari pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
*Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolesterol, bersederhana dalam pengambilan lemak dan minyak.
*Pilih minuman dan makanan dalam kandungan gula yang sederhana.
*Kurangkan porsi makanan daripada biasa.
*Makan mengikut waktu yang teratur.
*Selalulah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu tetapi digalakkan setiap hari.

Adakah karbohidrat menggemukkan dan patut dielakkan?
Karbohidrat tidak menyebabkan kegemukkan. Nutrien-nutrien lain juga tidak boleh manjadikan seseorang itu gemuk.Pengambilan jumlah kalori yang berlebihan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk.Karbohidrat terbahagi kepada dua iaitu karbohidrat kompleks dan ringkas.
Karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, mee, bihun, krim kraker, bijirin penuh dan produk bijirin adalah sumber utama untuk membekalkan tenaga. Semua makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks mempunyai jumlah kalori yang sama.
Cuma, seseorang itu perlu menghadkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat ringkas (iaitu gula) seperti kuih-muih, pastri, manisan, aiskrim, susu pekat manis, coklat, kaya, jem dan minuman ringan (botol/tin/kotak).

Posted at at 9:13 PM on Sunday, April 5, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 0 comments   | Filed under:

Menangani Diabetis..


Transfer Factor adalah satu produk yang berkesan dalam merawat penyakit Kencing manis,Jantung,Buah Pinggang dan penyakit2 kronik yang lain.

PENGENALAN KENCING MANIS/DIABETIS

Glukosa atau gula:
Makanan yang kita ambil, terutamanya karbohidrat seperti nasi dan sebagainya, akan dicerna di dalam sistem badan kita dan proses ini akan menghasilkan glukosa. Glukosa boleh diserap oleh badan kerana saisnya yang kecil berbanding sais karbohidrat yang besar. Glukosa adalah sumber utama tenaga kita.

Insulin:
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel beta di pankreas. Ia berfungsi mengawal kandungan gula (glukosa) di dalam badan kita. Sekiranya kandungan gula tinggi, badan akan menghasilkan insulin yang lebih banyak. Insulin kemudiannya akan membantu menurunkan kandungan gula di dalam darah. Insulin juga penting dalam metabolisma dan penyimpanan protin dan lemak, selain daripada karbohidrat.

Kencing manis:
Berbeza dengan orang yang sihat, seorang pesakit kencing manis akan mengalami dua jenis keadaan iaitu:
-kekurangan insulin.
-insulin resistance.

Bagaimana ia bermula?
Diabetes mungkin atau mungkin tidak disebabkan oleh keturunan. Bagaimanapun ada beberapa keadaan di mana penyakit ini lebih mudah menyerang, seperti berat badan berlebihan, cara hidup yang tidak sihat, mengandung dan sebagainya.

Jenis-jenis kencing manis
Ada dua jenis kencing manis iaitu:

Type I:
badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Kencing manis ini juga dikenali sebagai Juvenile-onset diabetes kerana ia selalunya bermula pada usia muda (juvenile). Ia juga dikenali sebagai Insulin-Dependant Diabetes Mellitus (IDDM). Pesakit jenis ini selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

Type II:
kencing manis jenis ini juga dikenali sebagai mature-onset diabetes atau Non-Insulin Dependant Diabetes Mellitus (NIDDM). Jenis ini adalah jenis yang lebih biasa berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan insulin dan juga insulin resistance (Sila lihat di atas). Pesakit jenis ini perlu mengambil ubat atau juga insulin. Di samping itu, mereka juga harus lebih berjaga-jaga dengan pemakanan mereka.

Tanda-tanda:
Ada pesakit kencing manis yang tidak merasa tanda-tanda. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku ialah:
selalu kencing, terutamanya waktu malam.
dahaga yang keterlaluan.
lapar, oleh itu selera makan naik.
penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.
rasa lemah badan.
pening dan muntah.
luka lambat sembuh.
mudak terkena jangkitan kulit.
kebas kaki dan tangan.
pemandangan menjadi kabur.

Bolehkah ia disembuhkan?
Tidak!Hanya kawalan pada pemakanan, senaman yang kerap, pengambilan ubat secara teratur akan membolehkan komplikasi yang sering berlaku seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung dan buta dapat dielakkan atau dilambatkan.

Wanita Hamil:
Selain daripada jenis-jenis di atas, orang yang mengandung juga boleh mengalami kencing manis (gestational diabetic). Selalunya ia bersifat sementara sahaja dan akan hilang bila anak dilahirkan. Ibu-ibu yang mengalami kencing manis jenis ini hendaklah menjaga pemakanan mereka. Ada juga yang memerlukan pengambilan insulin.

Komplikasi-komplikasi akibat sakit kencing manis:
Sekiranya tidak ditangani dengan betul, kencing manis boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan, oleh itu pemeriksaan berjadual adalah sangat-sangat digalakkan.

Hyperglycaemia:
Penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan stroke (angin ahmar). Ini merupakan punca kematian akibat kencing manis yang paling kerap berlaku. Pesakit kencing mannis mempunyai risiko 2 hingga 4 kali ganda diserang penyakit jantung dan 5 kali ganda diserang stroke.

Kerosakan buah pinggang:
Hampir 50% daripada semua kes baru penyakit buah pinggang berlaku di kalangan pesakit kencing manis.
masalah mata seperti menjadi buta, cataracts dsb. Kencing manis adalah punca utama bagi mereka yang berusia 25 hingga 74 tahun menjadi buta.
luka menjadi lambat sembuh dan boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki dan kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong.
jangkitan kuman senang berlaku. Bagi wanita selalu berlaku jangkitan pada alat sulit.
kerosakan pada saraf seperti merasa kebas, dsb. Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis yang berpenyakit ini melebihi 25 tahun akan mengalami kerosakan saraf.

Apa yang harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini?

Pengambilan ubat-ubatan. Sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat:
Ubat-ubatan konvensional :
Ubat yang ada dipasaran adalah seperti Amaryl, Avandia, Daonil (glibenclamide), metformin (Glucophage), acarbose, Diamicron dsb. Jenama yang lebih baru seperti Diamicron, Amaryl dan Avandia adalah lebih berkesan. Kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat-ubat ini. Setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat-ubatan tersebut. Sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat-ubat ini.

Insulin:
Insulin selalunya digunakan oleh pesakit Type I. Pesakit Type II juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat-ubatan yang diambil tidak lagi berkesan. Insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut. Ada 3 jenis insulin utama iaitu short-acting, medium acting dan long acting. Setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari.

Makanan tambahan dan herba:
Antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah. Bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka. Ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba-herba ini.

Gymnema:
Herba ini sangat bagus sebagai 'penapis' gula. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti Chitosan yang menapis lemak. Ambil herba ini (ada dalam bentuk teh) sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan. Boleh didapati dikebanyakan farmasi.

Chromium:
Chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor (GTF). Pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium.
Pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata. Ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya B1, B6 dan B12.

Pemakanan harian yang lain:
Pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis. Pesakit perlulahMakan makanan yang seimbang. Spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini.
Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat.
Pengambilan makanan secara tetap, contohnya tiga kali sehari.
Cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal.
Karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan. Ini termasuklah gula (putih dan merah), glukosa (seperti Glucolin, dsb) dan madu. Antara contoh-contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet, ais krim, minuman yang bergula seperti Milo, teh tarik, Coca Cola, Pepsi, dsb., air tebu, cendol, ais kacang, dan sebagainya.

Karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana. Makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan, oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah. Ini termasuklah nasi, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, mi, roti wholemeal dan sebagainya.

Karbohidrat asli iaitu buah-buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana. Semua buah mengandungi gula, oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan. Begitu juga, jus buah-buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula, haruslah tidak diambil berlebihan. Susu pula mengandungi gula asli di dalamnya. Pengambilannya hendaklah tidak melebihi lebih kurang 240ml sehari.

Amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama Equal, Lo-cal, Nutra-Sweet, Pal-Sweet dsb. Ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa. Kini terdapat jem buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Begitu juga, kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis.
Ambil lebih vitamin C dan Zink.

Pengambilan vitamin E boleh juga mengurangkan kesan-kesan komplikasi kencing manis.
Pengambilan gamat (tanpa gula) untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah:
Cecair - air kosong, kopi atau teh tanpa gula, dsb.
Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran.
Herba seperti cili, lada, cuka, dsb.

Senaman:
Senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis. Lagipun, pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur. Bagaimanpun, pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu, terutamanya kepada pesakit Type I, yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka.

Penjagaan diri:

1)Mata
Pesakit kencing manis perlulah menjalani pemeriksaan mata mereka pada masa-masa yang telah ditetapkan. Pesakit kencing manis kerap merasai kabur penglihatan. Ini adalah tanda bahawa kawalan gula di dalam darah mereka tidak baik. Sekiranya ia berterusan, ada kemungkinan berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic cataract. Pengambilan vitamin B1+B6+B12 secara berterusan perlu diamalkan.

2)Kulit.
Penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan. Luka, walaupun sedikit perlukan rawatan segera. Sekiranya tidak, dikhuatiri ia akan melarat dan menyebabkan gangrene (kulit menjadi buruk dan hitam) terutamanya di bahagian kaki. Penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan. Pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki yang lebih buruk berbanding orang muda. Jangkitan kuman lebih mudah berlaku.

3)Gigi.
Seperti kulit juga, sedikit sahaja luka di dalam bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh membahayakan. Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.

Pemerhatian kandungan gula di dalam darah
Pesakit kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam darah mereka. Ini dapat dilakukan di klinik, farmasi (RM 5.00 sekali check) ataupun dirumah. Bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu. Sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini.
Selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah, anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing. Bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah.

Perkara-perkara berkaitan dengan kencing manis:
Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock".
Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila:
berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal, yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin.
pesakit makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal.
terlebih ambil insulin.
lambat atau tidak makan.
mengambil alkohol berlebihan.
Sekiranya ini berlaku, pesakit boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah.
Antara tanda-tandanya ialah:

*Berpeluh (sejuk).
*Tangan menggeletar (trembling).
*Rasa lapar.
*Penat.
*Pening.
*Degupan jantung bertambah.
*Rasa keliru (confused) dan 'moody'.

Sekiranya ini berlaku, pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.

Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah)
Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya:
*Tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya.
*Makan berlebihan.
*Kurang bersenam.
*Tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb).
*Bila ini berlaku, pesakit akan merasa:
*Dahaga yang sangat kuat.
*Lapar yang datang tiba-tiba.
*Selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam.
*Lemah badan.
*Turun berat badan.
*Penglihatan kabur.
*Jangkitan kulit mudah berlaku.
*Kulit kering.
*Rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan.

Diabetic ketoacidosis:
Sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit.
Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, pesakit akan merasa:
*Kencing yang sangat kerap.
*Dahaga yang sangat kuat.
*Pening kepala, muntah dan sakit perut.
*Pernafasan yang dalam. Nafas pesakit berbau seperti buah-buahan (bau ketone).
*Kekeliruan berlaku (confusion).

Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa 'tidak sedap badan'.

Insulin Resistance (IR)
IR bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah.
Akibatnya :
sel-sel otot dan sel-sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa.
hati (liver) pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis.
Bila berlakunya IR, badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas. Akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup. Dengan itu glukosa tidak akan dapat di”metabolisma”kan dengan betul. Kesudahannya kandungan gula (glukosa) dalam darah akan sentiasa tinggi.

Insulin juga mengawal kandungan Free Fatty Acid (FFA) dalam darah. Bila kandungan insulin tidak menentu, kandungan FFA juga bertukar. Selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan FFA yang tinggi. Kandungan FFA yang tinggi pula mengakibatkan hati (liver) mengeluarkan lebih banyak glukosa.
TRansfer Factor adalah satu produk yang boleh merawat penyakit kencing manis ini.Ramai diantara doktor2 menyarankan tentang penggunaan produk ini.Ramai pesakit2 Diabetis berpuas hati dengan keberkesanan Transfer Factor.

Puasa Pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa. Sedikit penyesuaian mungkin diperlukan. Sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda.

Posted at at 8:45 AM on Saturday, April 4, 2009 by Posted by "Semanis Garam" | 1 comments   | Filed under: