Kenapa Sarapan Pagi (Breakfast) Sangat Penting?

Sarapan pagi yang seimbang dapat menyihatkan badan dan membekalkan gula/glucose yang akan digunakan oleh badan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian. Sarapan pagi juga amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil sarapan pagi yang seimbang akan:
Ambil lebih vitamin dan mineral berbanding lemak dan kolesterol pada hari tersebut. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa lebih kerap seseorang itu makan, lebih tinggi pengambilan nutrien yang baik berbanding nutrien yang jahat seperti kolesterol.
Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik sepanjang hari tersebut. Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga.
Mempunyai berat badan yang ideal. Ini boleh disebabkan oleh kurangnya rasa lapar apabila tiba waktu makan tengahari. Jadi, ini boleh membuatkan anda makan dengan kuantiti yang sederhana. Begitu juga dengan waktu makan seterusnya.
Menjadi lebih kuat dan bertenaga. Tenaga tersebut diperolehi dari makanan yang diambil ketika bersarapan.
Mempunyai kadar kolesterol yang rendah, sekaligus mengurangkan risiko mendapat sakit jantung. Kajian menunjukkan seseorang yang makan sarapan pagi akan makan kurang makanan yang mengandungi kolesterol berbanding seseorang yang tidak bersarapan.
Dapat meningkatkan kadar metabolism badan. Ini kerana, kadar metabalisma akan meningkat jika tidak tinggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama.
Memberi kesan positif kepada kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Menurut American Dietetic Association, kanak-kanak yang bersarapan mempunyai tahap kefahaman dan konsentrasi yang baik di dalam kelas. Mereka lebih aktif, kreatif dan jarang ponteng sekolah.


About this entry


0 comments: