Cegah Diabetis (Kencing Manis)

Adalah dianggarkan pengidap diabetes akan mencecah 300 juta orang pada tahun 2025 (King, 1999), terutamanya diabetes jenis 2. Walaupun diabetes jenis 2 kebanyakkannya dialami oleh orang dewasa, ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja. Ia selalu melanda individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, obesiti atau individu yang tidak melakukan senaman.

DiMalaysia, prevalen pengidap diabetes semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2 pada 1996 melaporkan prevalen diabetes jenis 2 ialah 8.3 % berbanding 6.3 % pada tahun 1986 (NHMS1, 1985; NHMS2, 1996). Ini jelas menunjukkan pengidap diabetes jenis 2 semakin meningkat dari masa ke semasa akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Apakah Dia Penyakit Diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan karbohidrat (kanji dan gula) di dalam makanan dengan sempurna. Keadaan ini akan menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini kerana pengidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan efektif. Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Insulin yang dihasilkan akan membantu gula memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima bekalan gula dan pengidap diabetes akan berasa letih kerana kekurangan tenaga. Jadi, kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing.

Apakah jenis diabetes?

Ada 3 jenis utama diabetes:

i)Jenis 1 (Diabetes yang bergantung kepada insulin)
Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja. Ini disebabkan oleh badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Penyebab diabetes jenis 1 ini tidak diketahui. Ia hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Pesakit selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

ii)Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)
Biasanya berlaku dikalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Ini disebabkan oleh kekurangan insulin dan rintangan insulin. Kebiasaannya, pesakit mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman, dan ubat/insulin.

iii)Jenis 3 (Diabetes waktu mengandung)
Keadaan ini adalah sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan. Ia berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung. Walaubagaimanapun, pesakit hendaklah mengawal pemakanan semasa mengandung. Ada juga sesetengah pesakit memerlukan suntikan insulin.

Apakah Faktor Risiko Diabetes?

1.Sejarah keluarga yang mengidap diabetes
Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap diabetes, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit itu adalah tingg

2.Berat badan yang berlebihan
Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan

3.Tidak aktif
Mereka yang tidak atau kurang bersenam berisiko tinggi mendapat diabetes.

4.Faktor-faktor lain
Umur yang melebihi 40 tahun dan etnik asian selalunya dikaitkan dengan risiko mendapat diabetes.


About this entry


0 comments: